Daily Archives: Februari 7, 2011

APA ITU FALSAFAH?

Alangkah baiknya sekiranya saya menceritakan sedikit sebanyak berkaitan konsep Falsafah itu sendiri. Berdasarkan pandangan kalangan ahli-ahli sejarah menyatakan bahawa Pythagoras (500-580 SM) yang berasal dari Yunani (sekarang Greece)  adalah pengasas dan orang yang mula-mula menggunakan kata atau istilah Falsafah. Dia membawa maksud “al-bahsu” (pengetahuan,kebijaksanaan,keutamaan). Perkataan falsafah sebenarnya berasal dari istilah Yunani yaitu Philo (cinta) dan Sophos (hikmat,kebijaksanaan). Pythagoras telah menggelarkan dirinya sebagai philosophos atau pencinta kebijaksanaan(Lover of Wisdom).

Tetapi ada juga yang mengatakan bahawa Socrates adalah orang yang mula-mula menggunakan istilah Falsafah. Socrates menganggap dirinya sebagai philosophos untuk membedakan dirinya dengan golongan Sophist (Sophisme/Sufasta’iyyin) yang diasaskan oleh Protagoras. Pokok pemikiran Sophisme ialah bahwa segala sesuatu itu berubah-ubah dan tidak tetap. Ini bermakna bahawa kebenaran yang hakiki tidak tercapai dan tidak akan tercapai. Oleh kerana kebenaran hakiki tidak tercapai maka tiap-tiap pendirian boleh dibenarkan. Sebab itu tidak ada ukuran yang tetap tentang benar dan salah atau baik dan buruk. Nilai-nilai moral yang dianggap baik dan abadi tidak penting lagi kerana apa yang dianggap baik pada hari ini sudah dianggap tidak baik pada hari esok. Mengenai Socrates peranannya yang besar ialah menghadapi kaum Sophist melalui proses dialog untuk mencari kebenaran. Dengan ini Socrates memberi maksud Falsafah itu satu ilmu untuk mencari sebab dan kebenaran kepada puncak sesuatu. Melalui istilah Socrates inilah yang menjadi begitu popular lantaran ianya diikuti oleh ramai ahli Falsafah berikutnya sehingga munculnya Falsafah Islam seperti Farabi dan Ibnu Sina yang memberi arti yang sama. Read the rest of this entry