APA ITU FALSAFAH?

Alangkah baiknya sekiranya saya menceritakan sedikit sebanyak berkaitan konsep Falsafah itu sendiri. Berdasarkan pandangan kalangan ahli-ahli sejarah menyatakan bahawa Pythagoras (500-580 SM) yang berasal dari Yunani (sekarang Greece)  adalah pengasas dan orang yang mula-mula menggunakan kata atau istilah Falsafah. Dia membawa maksud “al-bahsu” (pengetahuan,kebijaksanaan,keutamaan). Perkataan falsafah sebenarnya berasal dari istilah Yunani yaitu Philo (cinta) dan Sophos (hikmat,kebijaksanaan). Pythagoras telah menggelarkan dirinya sebagai philosophos atau pencinta kebijaksanaan(Lover of Wisdom).

Tetapi ada juga yang mengatakan bahawa Socrates adalah orang yang mula-mula menggunakan istilah Falsafah. Socrates menganggap dirinya sebagai philosophos untuk membedakan dirinya dengan golongan Sophist (Sophisme/Sufasta’iyyin) yang diasaskan oleh Protagoras. Pokok pemikiran Sophisme ialah bahwa segala sesuatu itu berubah-ubah dan tidak tetap. Ini bermakna bahawa kebenaran yang hakiki tidak tercapai dan tidak akan tercapai. Oleh kerana kebenaran hakiki tidak tercapai maka tiap-tiap pendirian boleh dibenarkan. Sebab itu tidak ada ukuran yang tetap tentang benar dan salah atau baik dan buruk. Nilai-nilai moral yang dianggap baik dan abadi tidak penting lagi kerana apa yang dianggap baik pada hari ini sudah dianggap tidak baik pada hari esok. Mengenai Socrates peranannya yang besar ialah menghadapi kaum Sophist melalui proses dialog untuk mencari kebenaran. Dengan ini Socrates memberi maksud Falsafah itu satu ilmu untuk mencari sebab dan kebenaran kepada puncak sesuatu. Melalui istilah Socrates inilah yang menjadi begitu popular lantaran ianya diikuti oleh ramai ahli Falsafah berikutnya sehingga munculnya Falsafah Islam seperti Farabi dan Ibnu Sina yang memberi arti yang sama.

Bagaimanapun pengertian Falsafah secara popular ialah berfikir. Yang dikatakan berfikir secara falsafah seharusnya mengandungi ciri-ciri seperti berikut,

  1. Berfikir secara radikal, yaitu secara mendalam hingga keakar umbinya atau asal-usulnya dan hakikatnya.
  2. Berfikir secara universal, yaitu menurut pengalaman manusia secara umum. Bukan khusus dan terbatas dengan ilmu tertentu saja.
  3. Berfikir secara integral, yaitu berpadu secara lengkap pada mana-mana bahagian yang ada.

Dari segi sejarahnya, pada mulanya Falsafah merupakan induk kepada seluruh ilmu pengetahuan. Dari falsafah lahirlah cabang-cabang ilmu yang lain seperti matematik, perubatan dan sebagainya. Tetapi dengan kemajuan ilmu ini jadilah Falsafah pula sebagai cabang ilmu pula. Namun fungsi asal Falsafah tidak berubah iaitu menangani masalah-masalah yang tidak dapat dijawab oleh bidang ilmu yang terbatas. Bidang ilmu yang hanya berasaskan pengalaman empirikal (Tajribah) serta menumpukan perhatian kepada alam nyata (alam syahadah) tentunya tidak mampu menangani persoalaan alam ghaib seperti dalam bidang Falsafah.

Umpamanya timbul persoalan Apakah hakikat hidup? dari mana hendak kemana manusia ini?apa tujuan dijadikan alam dan manusia?.Semua ini tidaklah termasuk dalam bidang perbahasan ilmu.Persoalan-persoalan sebeginilah yang cuba dijawab oleh Falsafah sebagai ilmu yang mencari sebab yang sedalam-dalamnya bagi segala sesuatu.Daripada masalah-masalah ini maka objek Falsafah dapatlah dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu :
1.Ontologi atau teori hakikat/wujud
a) Hakikat Tuhan (teologi)
b) Hakikat alam semseta (kosmologi)
c) Hakikat manusia (antropologi)
2.Epistemologi atau teori ilmu pengetahuan
3.Aksiologi atau teori nilai.

Inilah persoalan-persoalan pokok dalam Falsafah. Dan dari persoalan-persoalan ini lahirlah cabang-cabang Falsafah seperti berikut :
1.Metafisik
2.Logik
3.Epistemologi
4.Etik
5.Etestik

Akhirnya sesuai dengan kepelbagaian dan perbezaan fikiran manusia terdapat berbagai-bagai aliran Falsafah. Sekadar tinjauan ringkas,antara aliran Falsafah itu ialah:
1.Aspek Ontologi/Metafisik
-Aliran naturalisme
-Aliran Supernaturalisme
-Aliran spritualisme
-Aliran dualisme
-Aliran pluralisme
-Aliran pantheisme
-Aliran monisme

2.Aspek Epistemologi
-Aliran rasionalisme
-Aliran positivisme
-Aliran empirisisme
-Aliran realisme
-Aliran idealisme

3.Aspek Aksiologi
-Aliran hedonisme
-Aliran vitalisme

Dari segi fungsinya sungguhpun bidang Falsafah coba menyelesaikan masalah-masalah asasi yang tidak terjawab oleh bidang ilmu dan sains yang terbatas namun Falsafah juga mengandungi keterbatasannya sendiri. Persoalan-persoalan Falsafah terlalu luas tanpa ada batasannya tetapi kemampuan akal sentiasa terbatas untuk menyelesaikannya secara pasti dan meyakinkan.

About Magaratta Tr

...!!!??? n_n

Posted on Februari 7, 2011, in Philosophy and tagged . Bookmark the permalink. Tinggalkan komentar.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: